Minggu, 10 Februari 2013

WANITA 2

=●☆●=40 KEISTIMEWAAN WANITA MENURUT ISLAM=●☆●= 

Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam, menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang sholehah. Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga…… !

★1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

★2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.

★3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu
diberikan kepada keluarganya, maka
pahalanya seperti bersedekah.

★4. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka
barang siapa yang menyukakan anak
perempuan seolah- olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

★5. Wanita yang tinggal bersama anak-
anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

★6. Barang siapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua
saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan
dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa
takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya adalah syurga.

★7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa
yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.

★8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

★9. Apabila memanggil akan engkau dua
orang ibu bapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

★10. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka
dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah
dari mana-mana pintu yang dia kehendaki
dengan tidak dihisab.

★11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara,
malaikat di langit, matahari dan bulan,
semuanya beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga sembahyang dan puasanya.

★12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya
kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” tanya Aisyah kembali,
Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

★13. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja
yang dia kehendaki.

★14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10000
tahun).

★15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

★16. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T.
mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah S.W.T.

★17. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.

★18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui,
maka bagi ibu itu setiap satu tegukan
daripada susunya diberi satu kebajikan.

★19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka
Allah S.W.T. memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 orang hamba dengan
ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

★20. Seorang wanita solehah adalah lebih
baik daripada 70 orang wali.

★21. Seorang wanita yang jahat adalah
lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang
jahat.

★22. Rakaat solat dari wanita yang hamil
adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat
wanita yang tidak hamil.

★23. Wanita yang memberi minum air
susu ibu (asi) kepada anaknya daripada
badannya (susu badannya sendiri) akan
dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik
susu yang diberikannya.

★24. Wanita yang melayani dengan baik
suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

★25. Wanita yang melihat suaminya
dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.

★26. Wanita yang menyebabkan suaminya
keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu
akan dimandikan di dalam syurga, dan
menunggu suaminya dengan menunggang
kuda yang dibuat daripada yakut.

★27. Wanita yang tidak cukup tidur pada
malam hari kerana menjaga anak yang sakit
akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya
Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

★28. Wanita yang memerah susu binatang
dengan “bismillah” akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.

★29. Wanita yang menguli tepung gandum
dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan
rezekinya.

★30. Wanita yang menyapu lantai dengan
berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di baitullah.

★31. Wanita yang hamil akan dapat pahala
berpuasa pada siang hari.

★32. Wanita yang hamil akan dapat pahala
beribadat pada malam hari.

★33. Wanita yang bersalin akan mendapat
pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap
kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.

★34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40
hari selepas bersalin, dia akan dikira
sebagai mati syahid.

★35. Jika wanita melayani suami tanpa
khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.

★36. Jika wanita menyusui anaknya sampai
cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita
memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala
satu tahun solat dan puasa.

★37. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola
emas dan jika wanita memicit suami bila
disuruh akan mendapat pahala 7 tola
perak.

★38. Wanita yang meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.

★39. Jika suami mengajarkan isterinya satu
masalah akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat.

★40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

SUBHANAALLAH,,,,ALLAH HUAKBAR,,,,Begitu istimewanya Allah SWT menciptakan Wanita.




Sahabat Cantik, Marahnya seorang wanita memendam amarah sesaat, tapi diamnya seorang wanita menyimpan kekecewaan yang mendalam dan lama..

Bagaimana menurutmu sahabat ??

Tulis komentar mu di kolom komentar^^

Tidak ada komentar:

Posting Komentar